Pengawas 2018

Pengawas Sesi petang 2019

Pengawas Sesi Petang 2018

SENARAI TUGAS PENGAWAS
1. Mengawal disiplin diri dan pelajar.
2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan            pengawas junior.
3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.
4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.
5. Memastikan keceriaan sekolah dijaga dengan baik.
6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.
7. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.
8. Mencegah kes jenayah di sekolah.
9. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.
10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.
11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.
13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.
14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki keadaan.
15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.
16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan teguran kepada mereka yang bersalah.
17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai panduan masa hadapan.
18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.
19. Memastikan para pelajar beratur semasa membeli makanan di kantin, pergi ke makmal sains atau bengkel dan di luar kelas sebelum nyanyian lagu Negaraku , lagu Negeri dan lagu Sekolah semasa Perhimpunan Rasmi.
20. Menjalankan tugas-tugas semasa arahan guru-guru dan pihak sekolah

Bidang Tugas KETUA PENGAWAS
1. Merupakan ketua pelajar dan wakil pelajar.
2. Menjadi ketua dan peneraju dalam pengurusan kepengawasan dalam kalangan ahli pengawas yang sedia ada.
3. Memaklumkan sebarang maklumat dan informasi kepada pengawas dan pelajar.
4. Merupakan jambatan antara guru dan pengawas/pelajar.
5. Memastikan organisasi pengawas berjalan dengan lancer dan memantau gerak kerja ahli-ahli biro dan pengawas.

No comments:

Post a Comment