Dual Language Programme (DLP)
Ahli Jawatan Kuasa
Penasihat: Encik Nayan Bin Yamin (Pengetua)
Pengerusi 1: Encik Mamat Solleh Bin Ismail (PK Pentadbiran)
Pengerusi 2: Encik Kulleh Jabu (PK Petang) & Puan Sulawati Anan (KB Sains & Matematik)
Penyelaras: Cik Rose Wong Chai Szu
Setiausaha 1: Cik Prisicilla Ngabang
Setiausaha 2: Cik Then Nyet Kim
Ahli:
1. Encik Crispin Tan Hong Leng
2. Encik Justine Amping A/K langie
3. Puan Jenny Suliman
4. Puan Rolind Chani (KP Bahasa Inggeris)
Maklumat berkaitan DLP
Apa Itu Program DLP?DLP merupakan singkatan kepada Dual Language Programme.
Ia program pengukuhan Bahasa Inggeris di mana sekolah diberi peluang menawarkan pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Matematik, Teknologi Maklumat dan Komunikasi serta Reka Bentuk dan Teknologi dalam dua bahasa, iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris.
Salah satu pilihan kepada sekolah berdasarkan kepada permintaan ibubapa dan pengetua serta kesediaan sekolah dalam melaksanakannya.
Bagaimanapun, sebahagian syarat yang dikenakan bagi sekolah terpilih adalah tahap Bahasa Malaysia berada pada tahap baik dari segi pelaksanaan dan pencapaian, selain daripada mempunyai sumber yang mencukupi seperti kesediaan guru-guru untuk mengajar dalam dwibahasa berserta sokongan ibubapa.
Program ini selaras dengan objektif meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran subjek Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan juga memberi peluang kepada sekolah dan ibubapa untuk bersama-sama membuat keputusan secara kolektif.
Syukur, sekolah kita terpilih dan boleh menawarkan DLP untuk Tingkatan 1 bermula tahun 2022 bagi SMK Kota Samarahan. Buat permulaan, program ini ditawarkan kepada sekolah kebangsaan (SK) dan sekolah menengah kebangsaan (SMK).
Kelas-kelas yang akan melaksanakan DLP ialah Kelas 1 Amanah, 1 Bestari, 1 Cemerlang dan ! Dedikasi sebagai permulaannya.
Sila klik untuk merujuk Pekeliling
No comments:
Post a Comment