Guru Bantuan dan Biasiswa
![]() |
Pn Tibah |
![]() |
Pn Julie Igai |
Pautan Berguna
Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS)
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Portal Pembasmi Kemiskinan (e-Kasih)
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP)
Elaun Murid Khas (EMK)
Biasiswa Tempatan Yayasan Sarawak (BTYS)
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang diperkenalkan pada Januari tahun 2003.
Portal Pembasmi Kemiskinan (e-Kasih)
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Elaun Murid Khas (EMK) adalah satu bentuk bantuan yang diluluskan oleh Kerajaan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).

- Menyedia biasiswa kepada pelajar peringkat Sekolah Menengah di Negeri Sarawak yang kurang berkemampuan
- Membiayai persekolahan bagi membolehkan pelajar meneruskan persekolahan serta menggalakkan peningkatan prestasi akademik pelajar.
syarat:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia (Anak Jati Sarawak).
- Terbuka kepada pelajar Sekolah Menengah dan keutamaan diberikan kepada pelajar Tingkatan 2.
- Kategori pelajar miskin yang Ketua Isi Rumah (KIR) disahkan status kemiskinan di dalam Sistem eKasih.
- Pelajar TIDAK penerima biasiswa atau bantuan kewangan daripada daripada kerajaan atau pihak luar.
- Pelajar tidak mempunyai masalah disiplin di sekolah.
- Borang permohonan diedarkan ke sekolah melalui Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS).
- Pihak sekolah hendaklah mengenalpasti pelajar yang LAYAK yang menepati kriteria sahaja.
- Pengetua akan mengesahkan permohonan sebelum diserahkan kepada PPD masing-masing untuk proses perakuan dan rumusan.
- Borang permohonan yang lengkap akan dikembali ke Yayasan Sarawak untuk proses tapisan eKasih.
- Yayasan Sarawak akan memaklumkan status permohonan melalui PPD masing-masing.
Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM)
Tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) bertujuan memberi bantuan kepada pelajar miskin supaya tidak tercicir dalam meneruskan persekolahan selaras dengan pelaksanaan Dasar Pendidikan Wajib yang diperkenalkan pada Januari tahun 2003.
Portal Pembasmi Kemiskinan (e-Kasih)
eKasih merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.
Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) merupakan satu anugerah
daripada kerajaan kepada pelajar – pelajar sekolah menengah di bawah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang mendapat keputusan yang cemerlang
disamping memenuhi kriteria yang ditetapkan.
KAEDAH PERMOHONAN
Permohonan adalah melalui sekolah masing-masing melalui guru
tingkatan dengan kerjasama Guru Biasiswa dan JK Bantuan peringkat sekolah.
Guru Biasiswa perlu mengemaskini data APDM sebagai asas
permohonan BKP
Muat turun borang – berikut adalah pautan muat turun borang
dan lampiran yang perlu dilengkapkan:
- Borang Permohonan Biasiswa BKP/BKPU 2018 (Lampiran A)
- Borang Permohonan Penyata Akuan Pelajar
- Surat Persetujuan – Aku Janji (Lampiran H)
SENARAI SEMAK
Borang permohonan telah lengkap di isi
- Salinan kad pengenalan pemohon yang disahkan
- Salinan kad pengenalan bapa yang disahkan
- Salinan kad pengenalan ibu yang disahkan
- Salinan penyata gaji yang disahkan
- Salinan keputusan peperiksaan yang terakhir
- Salinan keputusan peperiksaan UPSR/PMR/SPM (untuk permohonan ting 1, 4, dan 6 Rendah)
Elaun Murid Khas (EMK) adalah satu bentuk bantuan yang diluluskan oleh Kerajaan bagi meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid-murid berkeperluan khas yang tergolong dalam kategori Orang Kelainan Upaya (OKU).
No comments:
Post a Comment